Paling best pasal raya cina ni, of cos lah lion dance. Dari kecik sampai dah tua bangka nih, saya tetap suka lion dance. Best!! Nanti dorang datang kat taman perumahan, pastu kitorang tengok ramai-ramai. Paling ske masa lion tu malas malas nak menari, baring-baring atas lantai. Hee.. Lagi best, nnt singa tu datang kat kitorang mintak limau. Hehe, cute.
Thursday, February 3, 2011
Lion Dance ^.^
Paling best pasal raya cina ni, of cos lah lion dance. Dari kecik sampai dah tua bangka nih, saya tetap suka lion dance. Best!! Nanti dorang datang kat taman perumahan, pastu kitorang tengok ramai-ramai. Paling ske masa lion tu malas malas nak menari, baring-baring atas lantai. Hee.. Lagi best, nnt singa tu datang kat kitorang mintak limau. Hehe, cute.
Wednesday, February 2, 2011
Secebis Pendapat
Namun, di sebalik keresahan, kebimbangan dan kerisauan ini, ada pula pihak-pihak tidak bertanggungjawab bertindak untuk provokasi. Atas alasan politikkah atau apakah? Hairan..kenapa pada waktu-waktu sebegini pun masih ada pihak yang mahu mengambil kesempatan. Paling dikesalkan..membawa khabar angin ada pelajar Malaysia yang dirogol di sana? Beribu-ribu rakyat Malaysia bertambah bimbang dengan situasi ini. Berbalas komenlah mereka di Facebook, Twitter dan laman-laman web tertentu, marah kenapa perkara ini dibiarkan. Tup tup dapat berita ternyata pernyataan itu adalah palsu.
Mereka marah kenapa kerajaan Malaysia lambat bertindak. Tengok saja negara lain, dah hantar pesawat mereka ke sana, nak evakuasi rakyat. Indonesia dah bawak balik rakyat mereka...oh, ternyata baru 100 orang. Lebih 5000 orang masih terkandas di sana, dan kerajaan Indonesia ada masalah nak evakuasi mereka kerana masalah visa dan masih belum pasti jumlah sebenar rakyat mereka di sana. Tapi kan sekurang-kurangnya mereka sudah mula membawa keluar rakyat mereka. Kita?? Kerajaan Malaysia dikecam lagi. Kenapa tak bawa pulang pelajar kita?? Buta ke kerajaan Malaysia ni? Pekak ke kerajaan Malaysia ni? Entah-entah plan kerajaan kita nak kumpulkan data berapa orang rakyat kita di sana, dan kemudian melakukan persiapan untuk bawa pulang mereka. Ha...kita mana tau, bukan kita yang buat kerja kan??Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan untuk semua orang jugaklah. Kerajaan kita tak pekak, tak buta. Mereka tu pun tau la buat kerja mereka. Fine, tak salah kita selalu bagitau mereka, ye la kot-kot dorang lupa kan? Bak kata Ana Raffali, Tolong Ingatkan Aku. Ya..mari kita saling ingat-mengingati. Takpe, tak salah pun. Tapi, janganlah sampai tuduh-menuduh. Tuduh kerajaan tak amek peduli rakyat mereka. Sanggup bagi bantuan berjuta-juta kat orang luar, tapi rakyat sendiri dibiar terkontang-kanting di negara orang.
Semua ini memerlukan proses. Semuanya perlu perancangan yang teliti. Apatah lagi jumlah orang di sana bukanlah jumlah yang sedikit. Tapi, kenapa kerajaan Malaysia awal-awal tuh taknak bawak pulang mereka-mereka ni? Sibuk kata keadaan di sana tidak memerlukan pelajar-pelajar dibawa pulang. Sedangkan...kalau kita tengok kat TV, baca kat paper ataupun internet, keadaan sangat menyeramkan?
Kerajaan kan ada contact di sana. Dan, orang-orang di kedutaan sanalah yang sepatutnya memberitahu keadaan sebenar yang berlaku di Mesir sana, adakah perlu rakyat Malaysia di sana dibawa pulang. Pada awalnya, memang ramai pihak beranggapan masih belum ada keperluan untuk bawa pulang mereka. Bukan setakat kerajaan Malaysia, kerajaan-kerajaan negara lain jugak.
Tengok je lah. Rata-rata kerajaan negara lain pun pada awalnya berpendapat belum perlu untuk evakuasi rakyat mereka dari sana.Sama-samalah kita berdoa semoga pelajar-pelajar yang terkandas di Mesir nih selamat dibawa pulang. Saya tertarik hati untuk menulis tentang ini kerana saya agak bosan membaca cemuhan demi cemuhan yang orang lemparkan. Tak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata keji. Memang, penilaian di mata lain-lain orang, lain hasilnya, tapi, tidak bolehkah kita berhemah dalam bersuara?
Kejadian yang berlaku mungkin mahu kita lebih kuatkan ikatan persaudaraan, bukan sebaliknya. Sama-samalah kita renungkan. Walaubagaimanapun, ramai juga rakyat Malaysia yang memandang kejadian ini dari sudut perspektif berbeza. Saya suka kata-kata orang ini. Saya rasa komen dia ada relevannya.
Thursday, January 27, 2011
Cerita Hari Jumaat
Tau tak? Orang dengan hypertension ni ada risiko untuk penyakit jantung. Antara yang menakutkan adalah sudden cardiac death. Hm…sudden cardiac death ni mengingatkan saya tentang pengalaman saya sebagai Doktor Muda di hospital umum di Malang , Indonesia. Suatu pengalaman berharga yang tak dapat saya lupakan.
Saya merupakan salah satu intern di bahagian Penyakit Dalam (Internal Medicine @ Medical). Saya on call hari itu. Tapi kejadian tu berlaku sebelum saya on call. Hari itu adalah hari Jumaat, kejadian berlaku selepas Solat Jumaat. Waktu tu saya tengah stand by di ER (Emergency Room). Biasanya kalau waktu-waktu macam sekarang ni, hari Jumaat, lepas sembahyang Jumaat, keadaan di ER agak tenang sedikit. Tapi, kadang-kadang boleh haru-biru jugaklah. Tapi waktu tu agak tenang. Memandangkan saya perempuan dan partner saya tu lelaki, saya suruhlah dia pergi sembahyang Jumaat dan lepas tu dia makan je lah dulu. Nanti lepas tu, turn sayalah pulak. Lagipun, kat ER tak sibuk sangat, so saya boleh je nak settlekan sorang-sorang.
Tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulan kat luar. Tak lama kemudian terdengar orang kecoh-kecoh di luar. Hm..dalam hati saya, mesti patient di tenat. Tak lama lepas tu, pintu ER dibuka, saya ternampak patient sedang disorong menggunakan trolley ambulan. Ok…mesti betul-betul parah ni. Untuk pengetahuan semua, procedure di sini, biasanya, bila patient sampai dengan ambulan, patient akan dipindahkan dari trolley bed ambulan kepada trolley bed hospital. Tetapi yang ini tidak. Patient terus dihantar ke dalam menggunakan trolley bed ambulan.
Gambar hiasan
Keadaan waktu itu agak kecoh. Saya hairan. Ada apa dengan patient ni. Semua orang berkumpul di situ. Ramai sekali nurse, doktor dan pegawai-pegawai perubatan hospital ini berkumpul di situ, di ruang patient ditempatkan. Yang pasti, patient dikatakan tidak bernafas dan jantung telah berhenti (cardiac arrest). Lalu, CPR dilakukan oleh ramai orang, saling bergantian.
Ternyata, dari cerita orang-orang di situ, patient adalah salah seorang pekerja (nurse) di operation theatre hospital ini. Dia dikatakan sedang makan tengah hari di suatu kedai makan, dan tiba-tiba dia pengsan dan berhenti bernafas. Mujurlah dia ni orang kesihatan, dan berkawan jugak dengan orang-orang di bahagian kesihatan. Kawan-kawan dia terus telefon ambulan untuk dibawa ke hospital. So, tidak begitu lamalah kiranya jantung dia berhenti sebelum dia sampai di hospital.
CPR berlangsung agak lama jugaklah. Kira-kira 45 minit hingga 1 jam. CPR saling bertukar tangan. ER waktu itu penuh dengan mereka-mereka yang mengenali patient, dan ramai jugak doktor-doktor specialist turun padang. Dapat dilihat betapa mereka sangat berusaha untuk menyelamatkan patient ni yang akhirnya jantung berdenyut semula, walaupun patient tidak bernafas spontan, dia dibantu pernafasannya dengan mesin ventilator. Waktu itu jugaklah dia diusung ke ICU, berbekalkan ventilator transporter.
Patient dimasukkan ICU sebelum sempat didaftarkan. So, kerana patient itu adalah hampir pasti merupakan calon patient saya, so, resident saya meminta bantuan saya untuk menguruskan pendaftaran patient. Senang je kerja tuh. Saya pun dah pernah buat sebelum ni.
Setelah didaftarkan, saya ke ICU, melihat keadaan patient. Patient tidak sedar. Bernafas pun kerana bantuan mesin. Tapi, saya dapat lihat, dari hujung matanya, air mata berlinang. Saya yakin, dia sedar, keadaannya sangat kritikal. Kalau dari pengalaman sebelum-sebelumnya, peluangnya untuk sembuh sangat tipis. Dia pasti tahu itu. Kerana itulah dia menangis. Kerana, nyawanya sekarang sedang dijemput maut.
Waktu itu, saya terfikir, apakah agaknya keinginan terakhir orang ini? Yang pasti, sebagai seorang Muslim, hanya taubat yang dipinta. Patient itu meninggal dunia beberapa hari kemudian. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, dan semoga amalan beliau diterima hendaknya. Alfatihah.
McD!!! This is one of the causes that might cause CVD. But..i love it? T.T
Hari Tidak Membuang Masa
Tebal pulak rasanya buku-buku nih. Hahahahaha. Ok. Boring! Keluarkan buku yang lain lah pulak. Hiii~
So...apa lagi kan?? Dah terang lagi bersuluh. Alang-alang dah bukak laptop. Takkan nak tengok je kan?Tuesday, January 25, 2011
Review : Doodle Jump
Game ini telah dicipta untuk pemakaian iOS, BlackBerry, Android dan Nokia Symbian. So, sekiranya anda pengguna handphone-handphone ini, jomlah download dan install game ini. Pasti anda tak akan renggang dengan handphone anda lagi. Ketagih nak maen game nih jek. Haha.
Best game nih. Gameplay yang berkaki empat nih namanya Doodler. Yang perlu kita lakukan adalah guiding Doodler nih sampai ke suatu tahap yang tidak ada penghujungnya dengan berusaha untuk mendapat score yang paling tinggi. Control dia senang je, gerakkan handphone anda je mengikut arah yang anda inginkan, lebih baik angle anda, lebih cepatkan si Doodler nih bergerak. Fun kan??
Ada beberapa obstacle yang akan anda tempuhi selama bermain Doodle Jump nih. Tapi, pada saya, obstacle yang paling susah tu adalah camne nak maintain lompat pada tempat yang betul tanpa menjatuhkan Doodler nih yang konsekuensinya adalah game over. Hehe. Saya telah ketagihan main game nih ngan bf saya, masing2 berebut nak dapat high score. Tapi..kemenangan sekarang berpihak kepada saya dengan score 134,798!! FTW!!! Haha.
Cubalah sendiri...korang mesti suka!! =D
A Step To Become A Doctor
So, sebaik anda lulus, ataupun kalau di Indonesia disebut juga Yudisium, anda sebenarnya sudah boleh apply untuk bekerja. Tetapi, hendaklah anda ketahui di sini, bahawasanya yang diperlukan untuk mendaftarkan diri ke semua bahagian yang terlibat, anda memerlukan:
(1) Sijil S.Ked
(2) Transkrip S.Ked dan Profesi
(3) Ijazah Profesi (M.D.)
Oleh itu, sebaik saja yudisium, cepat-cepatlah anda menguruskan kesemua yang diperlukan itu kerana lebih cepat anda memperolehinya, lebih cepat jugalah anda bekerja. Alhamdulillah..saya bagi 5 bintang kepada universiti saya kerana dapat menyiapkan semua dokumen yang diperlukan dalam tempoh waktu yang agak singkat. Terima kasih juga kepada kawan-kawan dan junior-junior yang baik hati membantu senior mereka ini. =)
Ok, setelah yudisium, anda sudah boleh mendaftarkan diri anda ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pendaftaran dapat dilakukan secara online dengan mengisi borang SPA.8i di http://www.spa.gov.my/. Setelah mengisi lengkap borang ini dan submit, printkan akuan permohonan tersebut kerana ia akan digunakan pada waktu melakukan urusan selanjutnya.
Setelah melakukan permohonan secara online ke SPA, seminggu kemudian anda bolehlah membooking tarikh interview yang anda mahukan. Untuk book tarikh temuduga, telefon saja ke SPA. Nombornya boleh anda lihat sendiri di laman web SPA. Pada hari temuduga, bawa sekali:
(2) Sijil lahir
(3) Sijil SPM
(4) Ijazah/Transkrip/Surat keterangan
(5) Gambar passport
Biasanya, paling lambat interview habis pun pada waktu tengah hari. So, kalau hendak menjimatkan masa dan wang, menurut saya tidak masalah sekiranya urusan lain diselesaikan setelah anda menghadiri interview. Anda boleh juga menguruskannya pada waktu yang lain baik sebelum mahupun selepas interview, mengikut kemahuan anda. Tapi, menurut saya, jika dokumen sudah lengkap sesuai yang diinginkan oleh masing-masing bahagian, urusan dapat dilakukan pada hari yang sama setelah interview. Tak lama pun..dengan syarat, dokumen lengkap.
Bagi pemegang scholar JPA, setelah interview, terus je ke bangunan JPA sebelah tu. Isikan borang lapor diri (boleh juga di download di laman web JPA). Submit borang berserta dokumen-dokumen yang diinginkan.
Bangunan SPA dan JPA ni berada di kompleks C. Setelah selesai urusan di sini, anda harus berpindah ke Blok E untuk urusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MMC (Malaysian Medical Council). Letaknya agak sedikit jauh tetapi...tidak mustahil untuk berjalan juga. *grin*
Setelah sampai di Blok E, bangunan pertama yang anda perlu tuju adalah MMC. Dari pintu masuk, terus ke kiri jalan...di situlah tempatnya. Ok, urusan MMC adalah yang paling perlu anda hati-hati kerana mereka sangatlah particular tentang permohonan kita ini. Sebelum melakukan urusan ini, bererti beberapa hari sebelum interview, anda telah menyiapkan dokumen-dokumen yang perlu difotokopi dan disahkan semuanya.
Pengesahan sesuai yang diberitahu di borang MMC itu. Pengesahan adalah lengkap dengan nama, jawatan dan alamat tempat bekerja. Paling senang, anda minta sajalah pengesahan dari pengetua atau penolong kanan sekolah anda. Pengesahan hendaklah oleh orang yang berwarganegara Malaysia. So, pengesahan oleh dekan atau pembantu dekan anda adalah tidak boleh (memandangkan anda study kat Indonesia kan? hehe).
Ada satu lagi benda yang saya dapati ramai orang tak perasan atau lupa, dalam borang permohonan sijil perakuan perdaftaran sementara MMC ni, ada part yang perlu disahkan oleh saksi kita di colum Perakuan Pengenalan Saksi. Lebih kurang macam cop pengesahan je sebenarnya. So, sebelum ke Putrajaya, jangan tertinggal pula. Akibatnya, nanti borang anda tidak diterima oleh pihak MMC. Hehe. Pengalaman nih. =P
Tidak lupa juga, wang pos berharga RM 20. Semua yang diperlukan dapatlah disemak sendiri oleh anda dengan mendownload borang Perakuan Pendaftaran Sementara di laman web MMC.
Urusan di MMC selesai apabila anda menerima tiga surat perakuan permohonan sijil pendaftaran sementara. Satu copy untuk anda simpan, satu lagi untuk KKM dan satu lagi untuk anda beri kepada pengarah hospital pada waktu anda lapor diri bekerja nanti.
So, sekarang anda bolehlah ke KKM yang terletak di Blok E tu jugak, yaitu di E7. Tak jauh. Lintas jalan dah sampai dah. Di situ, anda ke bahagian sumber manusia di tingkat 9. Ambillah borang maklumat diri (BMD) dan isilah borang itu, lengkapkan juga bersama dengan dokumen yang diinginkan dan jangan lupa surat yang anda terima dari KKM tadi. Di sinilah anda diminta untuk memilih 3 pilihan hospital yang anda mahu bekerja nanti. So, fikirkan baik-baik ya? =)
Bila dah lengkap semuanya, selesailah kerja anda. So, basically, yang perlu anda ada adalah gambar ukuran passport (4 keping cukup dah untuk semua), fotokopilah beberapa keping (saya buat 4 copy) MyKad, Sijil Lahir, Sijil SPM, Sijil S.Ked, Transkrip S.Ked dan Profesi, Sijil Kedoktoran (MD) dan salinan surat akuan permohonan SPA online. Semua yang difotokopi hendaklah disahkan. Jangan lupa juga wang pos RM 20.
Sekarang, anda bolehlah berehat-rehat di rumah, sehinggalah mendapat panggilan untuk induction dan seterusnya bekerja!! ^.^











