Bila jalan yang kita lalui sehari-hari jadi tak bebas untuk kita tempuh. Bila rutin seharian kita terkongkong oleh jadual kehidupan yang tidak kita relai, itu adalah kehidupan yang tidak menggembirakan lagi untuk kita. Sama macam apa yang dialami sekarang. Tak hepy, tak puas dengan apa yang didapatkan.
Menyesal? Entahlah. Jauh di sudut hati cuba menafikan setiap kata kesal kerana ini adalah jalan telah dipilih. Mau tidak mau mesti dihabiskan. Tapi, sebagai manusia biasa, tidak dapat lari dari tekanan. Dan hari demi hari tekanan ini seperti makin memberat. Rasa letih, penat.
Maaf buat semuanya. Tapi, saya dah tak menikmati kehidupan ini sepenuhnya. Kalau dapat saya ulang waktu, saya akan pilih suatu jalan yang dapat dinikmati sepuasnya. Memang tidak dapat dibanggakan. Duit? Adakah kerana duit saya pilih jalan ini? Tidak. Saya pilih jalan ini untuk keluarga saya. Untuk mak, untuk ayah, untuk abang, dan untuk semua ahli keluarga saya. Saya mau mereka bangga dengan pencapaian saya. Biar mak dan ayah ada modal untuk bercerita tentang kejayaan anak-anaknya. Biar mereka tidak malu bila ada orang bertanya, " Siapa anak kau sekarang?" Mereka akan jawab.." Doktor!"
Tapi, perjalanan untuk sampai ke tahap itu tidak mudah. Walaupun menurut saya, kesukaran ini bukanlah ilmu pelajaran atau apa, tapi suatu emosi yang terpaksa saya tahan saban waktu. Menahan emosi, memujuk diri agak sentiasa bersabar. Saya rindu untuk berada di rumah sesungguhnya. Rumah saya sendiri, di tanah air saya sendiri..
Hmm...sorry sangat2 blog ini saya guna untuk meluahkan perasaan saya. Tapi memang saya sangat penat. Saya rasa terkongkong. Saya rasa tidak bebas. Saya perlukan sedikit ruang untuk memilih. Bolehkah? Mampukah? Saya hanya mampu bersabar dan terus bersabar..

0 comments:
Post a Comment