Thursday, January 29, 2009

Bila teddy bear itu tidak cukup indah buatku~

Aku mempunyai sebuah teddy bear yg sangat besar. Sangat cantik. Semua orang yang melihatnya pasti mahu memilikinya. Teddy bear ini kujaga dengan sangat hati-hati. Tidak pernah sekali teddy bear comel ini jatuh ke tanah. Jauh sekali untuk dikotori. Aku sangat sayang teddy bear ini. Sehinggalah pada suatu hari aku melihat seorang kanak-kanak perempuan memegang sebuah anak patung yang kalau menurutku apatah lagi mata-mata lain yang memandang, tidaklah sehebat teddy bear cantik kepunyaanku ini. Anak patung itu terlihat sudah lama. Rambutnya sudah tidak terjaga. Bajunya juga sudah lusuh. Tapi melihatkan kegembiraan kanak-kanak itu bermain dengan anak patungnya, aku merasa sangat cemburu. Meskipun aku mempunyai teddy bear besar yang cantik dan mahal, aku tidak pernah merasa seseronok itu. Aku cemburu. Dan aku merasa menginginkan anak patung yang dimiliki kanak-kanak itu. Seandainya dapat kutukar teddy bearku ini dengan anak patung buruk itu..

P/s: Inilah asam garam kehidupan. Manusia takkan pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Walaupun dianugerahkan hadiah terbaik dalam hidupnya, jauh di sudut hati manusia itu berkata, 'alangkah indahnya kalau ada hadiah lain yang dapat aku miliki~'

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream