Tau tak? Orang dengan hypertension ni ada risiko untuk penyakit jantung. Antara yang menakutkan adalah sudden cardiac death. Hm…sudden cardiac death ni mengingatkan saya tentang pengalaman saya sebagai Doktor Muda di hospital umum di Malang , Indonesia. Suatu pengalaman berharga yang tak dapat saya lupakan.
Saya merupakan salah satu intern di bahagian Penyakit Dalam (Internal Medicine @ Medical). Saya on call hari itu. Tapi kejadian tu berlaku sebelum saya on call. Hari itu adalah hari Jumaat, kejadian berlaku selepas Solat Jumaat. Waktu tu saya tengah stand by di ER (Emergency Room). Biasanya kalau waktu-waktu macam sekarang ni, hari Jumaat, lepas sembahyang Jumaat, keadaan di ER agak tenang sedikit. Tapi, kadang-kadang boleh haru-biru jugaklah. Tapi waktu tu agak tenang. Memandangkan saya perempuan dan partner saya tu lelaki, saya suruhlah dia pergi sembahyang Jumaat dan lepas tu dia makan je lah dulu. Nanti lepas tu, turn sayalah pulak. Lagipun, kat ER tak sibuk sangat, so saya boleh je nak settlekan sorang-sorang.
Tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulan kat luar. Tak lama kemudian terdengar orang kecoh-kecoh di luar. Hm..dalam hati saya, mesti patient di tenat. Tak lama lepas tu, pintu ER dibuka, saya ternampak patient sedang disorong menggunakan trolley ambulan. Ok…mesti betul-betul parah ni. Untuk pengetahuan semua, procedure di sini, biasanya, bila patient sampai dengan ambulan, patient akan dipindahkan dari trolley bed ambulan kepada trolley bed hospital. Tetapi yang ini tidak. Patient terus dihantar ke dalam menggunakan trolley bed ambulan.
Gambar hiasan
Keadaan waktu itu agak kecoh. Saya hairan. Ada apa dengan patient ni. Semua orang berkumpul di situ. Ramai sekali nurse, doktor dan pegawai-pegawai perubatan hospital ini berkumpul di situ, di ruang patient ditempatkan. Yang pasti, patient dikatakan tidak bernafas dan jantung telah berhenti (cardiac arrest). Lalu, CPR dilakukan oleh ramai orang, saling bergantian.
Ternyata, dari cerita orang-orang di situ, patient adalah salah seorang pekerja (nurse) di operation theatre hospital ini. Dia dikatakan sedang makan tengah hari di suatu kedai makan, dan tiba-tiba dia pengsan dan berhenti bernafas. Mujurlah dia ni orang kesihatan, dan berkawan jugak dengan orang-orang di bahagian kesihatan. Kawan-kawan dia terus telefon ambulan untuk dibawa ke hospital. So, tidak begitu lamalah kiranya jantung dia berhenti sebelum dia sampai di hospital.
CPR berlangsung agak lama jugaklah. Kira-kira 45 minit hingga 1 jam. CPR saling bertukar tangan. ER waktu itu penuh dengan mereka-mereka yang mengenali patient, dan ramai jugak doktor-doktor specialist turun padang. Dapat dilihat betapa mereka sangat berusaha untuk menyelamatkan patient ni yang akhirnya jantung berdenyut semula, walaupun patient tidak bernafas spontan, dia dibantu pernafasannya dengan mesin ventilator. Waktu itu jugaklah dia diusung ke ICU, berbekalkan ventilator transporter.
Patient dimasukkan ICU sebelum sempat didaftarkan. So, kerana patient itu adalah hampir pasti merupakan calon patient saya, so, resident saya meminta bantuan saya untuk menguruskan pendaftaran patient. Senang je kerja tuh. Saya pun dah pernah buat sebelum ni.
Setelah didaftarkan, saya ke ICU, melihat keadaan patient. Patient tidak sedar. Bernafas pun kerana bantuan mesin. Tapi, saya dapat lihat, dari hujung matanya, air mata berlinang. Saya yakin, dia sedar, keadaannya sangat kritikal. Kalau dari pengalaman sebelum-sebelumnya, peluangnya untuk sembuh sangat tipis. Dia pasti tahu itu. Kerana itulah dia menangis. Kerana, nyawanya sekarang sedang dijemput maut.
Waktu itu, saya terfikir, apakah agaknya keinginan terakhir orang ini? Yang pasti, sebagai seorang Muslim, hanya taubat yang dipinta. Patient itu meninggal dunia beberapa hari kemudian. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, dan semoga amalan beliau diterima hendaknya. Alfatihah.
McD!!! This is one of the causes that might cause CVD. But..i love it? T.T