Alhamdulillah Ariana telah slamat dilahirkan pada 31 Ogos 2012 yg lalu tepat pukul 12.13pm. Penantian yg penuh debar apabila baby ni yg dijangka keluar pada 21 Ogos 2012 tp sehingga dh 9 hr pun xtnda2 contraction. Sakit xde lgsg, cuma 2 hr b4 hr delivered tu ada laa bloody show (lendir darah) tu sket. Husband mmg dh buat posting o&g so ada r jugak buat VE. Wktu kua show tu bukaan br 2cm tp ms tu happy sket laa pasal at least ada progress kan? If not, kna admit for induction of labor which org2 kata lebih sakit lg.
So byk jugaklaa google2 cara2 nk cptkn kelahiran bby ni. Ada yg kata minum kopi, byk bjalan n mcm2 lah. So mn yg sy tmmpu tu sy buatlaa jugak. Contraction mmg xde sehinggalaa pagi2 buta hari ke-8 bby lebih hari tu (EDD plus 8) ada rs contraction. Start dlm pukul 12 lebih mlm, so sy ada laa jugak timing. Waktu tu contraction cuma sekali dlm 10 minit. Tp dlm pukul 5 pg, rs mkn kerap plak, ada laa dlm 2-3kali dlm 10 min, tp x sbpe kuat sgt la. Pegi hospital, bukaan dah 2 cm (ekcely dh tau awal2 dh..kt rmh da cek..haha) tp contraction kt ctg wktu tu rata2 2 in 10 and 20 secs. Dorg tye sy nk admit ke? N if nk induce pun boleh. Sy dgn cptnya menolak. Duk umah je lah, br 2cm pun..sure lama nk tggu klo kt admit.
Sebaik saja sampai rumah, contraction terus hilang. Saya siap smpat lg tuh keluar jalan2 ke bank dan alamanda. Hehe.
Then malam kol 12 tgh malam contraction dtg lg. Sama jugak cam night before. Irregular and weak. Tp, lebih kurang kol 3 lebih contraction makin kerap dan sakit yg amat. Dalam hati terfikir, kna pegi hospital ke? Ok, timing jap dlu. Emm..mengikut perkiraan sy, masih xperlu ke hospital lg kot. Ok rilek dulu. Tp mmg xleh tido r, sakit gler. Kol 5 camtuh br gerak husband bitau dia sakit xtahan la kan? N contraction regular waktu tuh. Dia pun VE lah, 3cm time tuh. Ada progress sket. Dia tye nk gi hospital ke? Sy tgk jam, br kol 5.30pg. Cmne ek? Br latent phase, lom nk brsalin lg. Ok tggu jap ah. Tp mmg xsng duduklah sakitnya, akhirnya husband kata jom je lah pegi hospital. Wktu tu kol 6 lebih dh. Siap2 nk pegi kol 6.30 jugaklaa br kua rmh.
Smpai hospital trz msk CAC. And after check still 3cm lg so msk wad dlu lah. Tp smpai je kat wad mmg contraction tersangatlah kerap dan kuat. Terus VE lagi then upenya dah 4cm. Apa lg..terus tolak gi L&D. Smpai L&D, br je baring, midwife kt c2 wat VE, dah 6cm. Ok2..tahan sakit lg. Time tu pegang tgn husband kuat2. Mata dia tgk kat ctg je. Bila contraction dtg, cpt2 dia bg Entonox.
Tak lama pastu, specialist pun smpai. Nmpk sy dah tak tertahan sakit agaknya, dia pun tanyalah, xnak epidural ke? Hmm..boleh jugak lah since dah sakit sgt ni..dalam hati mmg bc apa2 doa yg terlintas. Mulut cuma larat sebut Allah je. Mata pun pejam je lah. Tp, lepas doctor tu wat VE..dah 9cm..takpayahlaa epidural.
Time ni apa yg sy ingat, org duk kata kalo nk push boleh push. Sy dlm hati mmg nak buat sehabis baik. Mmg sy sgt berusaha. Tp disebabkan baby bradycardia, terpaksalaa vacuum. Itu pun dgr jugak org2 sekeliling bg support suh push, so sy push jugaklaa bersungguh2.
Alhamdulillah..Ariana selamat dilahirkan. Penantian kami yang disambut dengan senyuman yg tak dapat digambarkan betapa indahnya waktu tu. Mmg sengaja sy tuliskan dlm entry ni..supaya sy xpenah lupa bagaimana detik Ariana dilahirkan.
Sampai skrg sy xpernah percaya sy dh jd seorang ibu. Seorang yg x pernah ada pengalaman mengurus bayi atau anak kecil, skrg sy sudah mempunyai seorang permata hati sndri untuk diurus. Dalam hati, sy bertekad mahu memberikan yg terbaik utk anak ini. Saya sgt sayangkan Ariana, demi dia sy akan lakukan apa saja. Cheyyah.
Tuesday, September 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)