Mengimbau zaman dulu kala, mulai dari kanak-kanak sehingga remaja, awal dewasa (sehingga kini pun masih tetap awal dewasa bukan ?? hehe) diingat-ingat lagi, saya ni boleh dikatakan seorang yang cool. Saya jarang marah. Bila tersinggung dengan orang, berkecil hati atau kemudian tidak gembira dengan sesuatu, saya selalu mengawalnya sendiri. Saya marah dalam hati. Saya lampiaskan apa saja yang terbuku tapi hanya diri sendiri yang mendengarnya. Sampai sekarang juga tetap begitu. Saya boleh jerit bila orang takde. Tapi depan mereka (orang yang menyakitkan hati ini) saya seperti tidak apa-apa pula.
Entahlah, mungkin kerana pengaruh filem-filem tidak bermutu atau juga mungkin disebabkan saya sudah tidak boleh menampung semua amarah mungkin kerana ruang sudah penuh, saya sekarang bertindak merosakkan harta benda pula. Aduh !! Itu betul2 bencana buat saya. Saya tidak mahu seperti itu. Kalau boleh, saya mahu sentiasa bersikap tenang. Tapi, bolehkah saya tenang kalau memang sesuatu itu benar-benar mengganggu? Dimanakah harus saya lemparkan amarah ini? Menangis hanya memenatkan. Menghabiskan duit untuk melupakan bukanlah jalan penyelesaian.
Sabarlah, Amni !! Jauh di sudut hati kamu, ada sebuah ketenangan yang kamu mahukan, kamu hanya perlu mencari. Senyumlah. Hari ini kamu marah, tapi esok, sudah tidak ada apa yang harus difikirkan. Hari ini akan berlalu lalu esok, yang tinggal hanyalah sebuah tanda tanya " apa yang aku marahkan semalam ??" dan jawapannya tidak penting lagi pada waktu itu. =)