Wednesday, February 2, 2011

Secebis Pendapat

Rusuhan di Mesir membuka mata ramai orang yang masing-masing risau, bimbang dan tertanya-tanya nasib saudara, keluarga dan kawan-kawan di sana. Adakah mereka selamat? Bagaimana keadaan mereka sekarang? Bolehkah mereka menghadapi situasi di sana dengan baik? Bolehkah mereka pulang? Ibu bapa saling tercari-cari jawapan, mahu tahu nasib anak mereka. Menghubungi pihak-pihak yang dapat memberikan jawapan, memberikan pertolongan. Kawan-kawan turut resah. Kerana sayangkan kawan-kawan mereka, sayangkan sahabat mereka.

Namun, di sebalik keresahan, kebimbangan dan kerisauan ini, ada pula pihak-pihak tidak bertanggungjawab bertindak untuk provokasi. Atas alasan politikkah atau apakah? Hairan..kenapa pada waktu-waktu sebegini pun masih ada pihak yang mahu mengambil kesempatan. Paling dikesalkan..membawa khabar angin ada pelajar Malaysia yang dirogol di sana? Beribu-ribu rakyat Malaysia bertambah bimbang dengan situasi ini. Berbalas komenlah mereka di Facebook, Twitter dan laman-laman web tertentu, marah kenapa perkara ini dibiarkan. Tup tup dapat berita ternyata pernyataan itu adalah palsu.

Mereka marah kenapa kerajaan Malaysia lambat bertindak. Tengok saja negara lain, dah hantar pesawat mereka ke sana, nak evakuasi rakyat. Indonesia dah bawak balik rakyat mereka...oh, ternyata baru 100 orang. Lebih 5000 orang masih terkandas di sana, dan kerajaan Indonesia ada masalah nak evakuasi mereka kerana masalah visa dan masih belum pasti jumlah sebenar rakyat mereka di sana. Tapi kan sekurang-kurangnya mereka sudah mula membawa keluar rakyat mereka. Kita?? Kerajaan Malaysia dikecam lagi. Kenapa tak bawa pulang pelajar kita?? Buta ke kerajaan Malaysia ni? Pekak ke kerajaan Malaysia ni? Entah-entah plan kerajaan kita nak kumpulkan data berapa orang rakyat kita di sana, dan kemudian melakukan persiapan untuk bawa pulang mereka. Ha...kita mana tau, bukan kita yang buat kerja kan??

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan untuk semua orang jugaklah. Kerajaan kita tak pekak, tak buta. Mereka tu pun tau la buat kerja mereka. Fine, tak salah kita selalu bagitau mereka, ye la kot-kot dorang lupa kan? Bak kata Ana Raffali, Tolong Ingatkan Aku. Ya..mari kita saling ingat-mengingati. Takpe, tak salah pun. Tapi, janganlah sampai tuduh-menuduh. Tuduh kerajaan tak amek peduli rakyat mereka. Sanggup bagi bantuan berjuta-juta kat orang luar, tapi rakyat sendiri dibiar terkontang-kanting di negara orang.

Semua ini memerlukan proses. Semuanya perlu perancangan yang teliti. Apatah lagi jumlah orang di sana bukanlah jumlah yang sedikit. Tapi, kenapa kerajaan Malaysia awal-awal tuh taknak bawak pulang mereka-mereka ni? Sibuk kata keadaan di sana tidak memerlukan pelajar-pelajar dibawa pulang. Sedangkan...kalau kita tengok kat TV, baca kat paper ataupun internet, keadaan sangat menyeramkan?

Kerajaan kan ada contact di sana. Dan, orang-orang di kedutaan sanalah yang sepatutnya memberitahu keadaan sebenar yang berlaku di Mesir sana, adakah perlu rakyat Malaysia di sana dibawa pulang. Pada awalnya, memang ramai pihak beranggapan masih belum ada keperluan untuk bawa pulang mereka. Bukan setakat kerajaan Malaysia, kerajaan-kerajaan negara lain jugak.

Tengok je lah. Rata-rata kerajaan negara lain pun pada awalnya berpendapat belum perlu untuk evakuasi rakyat mereka dari sana.

Sekarang, kerajaan dah memutuskan, para pelajar akan dibawa pulang semua. Diulangi..SEMUA!! Bukan sesuatu yang mudah okay? Kerajaan minta kerjasama TUDM, MAS dan Air Asia bersama-sama memikul tanggungjawab untuk bawa pulang pelajar-pelajar Malaysia ini. Tapi, still, kerajaan masih mendapat kecaman. Ucapan terima kasih buat agensi-agensi yang mahu membantu ini...dan tak kurang juga mulut-mulut celupar yang masih saja mahu provokasi.

Tengok tuh! Sempat lagi nak provoke. -.-

Come on lah! Saya tak kata semua yang berlaku ni benar belaka. Tapi, tak eloklah kita asyik menunding jari mencari kesalahan orang lain. Mereka yang terlibat tentu sedang berusaha sedaya upaya. Apa kata, kita sama-sama berdoa, buat solat hajat besar-besaran. Kan itu nampaknya lebih mulia? Daripada kita sibuk nak condemn pihak-pihak tertentu. Dan kadang-kadang kita tak sedar kita melukakan hati keluarga-keluarga yang susah hati menunggu khabar berita tentang anak mereka. Antara kata-kata yang saya tak setuju : Nak tunggu ada mayat agaknya? Oh, no no no no! Big NO untuk kata-kata seumpama itu. Walau macam mana benci pun kita pada pihak tertentu, jangan sesekali mendoakan sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka.

Sama-samalah kita berdoa semoga pelajar-pelajar yang terkandas di Mesir nih selamat dibawa pulang. Saya tertarik hati untuk menulis tentang ini kerana saya agak bosan membaca cemuhan demi cemuhan yang orang lemparkan. Tak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata keji. Memang, penilaian di mata lain-lain orang, lain hasilnya, tapi, tidak bolehkah kita berhemah dalam bersuara?

Kejadian yang berlaku mungkin mahu kita lebih kuatkan ikatan persaudaraan, bukan sebaliknya. Sama-samalah kita renungkan. Walaubagaimanapun, ramai juga rakyat Malaysia yang memandang kejadian ini dari sudut perspektif berbeza. Saya suka kata-kata orang ini. Saya rasa komen dia ada relevannya.

Marilah kita semua idup aman damai je. Tak mau gaduh-gaduh ah! Tak best!!

p/s: Ini adalah secebis pendapat yang saya lontarkan hasil dari penilaian dari sudut pandang saya. Mungkin ada yang bersetuju, mungkin juga tidak. Apa-apa pun... PEACE! v(^.^)v

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream