Kalau anda ingat saya menulis post ini untuk memberi motivasi kepada anda untuk menjadi seorang doktor, anda silap. Haha. Di sini saya ingin memberitahu anda, apa yang harus anda lakukan setelah anda LULUS menjadi seorang doktor. Dan, paling tepat sekali adalah untuk graduan-graduan yang lulus dari universiti di Indonesia. Kenapa? Kerana itu adalah berasaskan pengalaman saya baru-baru ini.
So, sebaik anda lulus, ataupun kalau di Indonesia disebut juga Yudisium, anda sebenarnya sudah boleh apply untuk bekerja. Tetapi, hendaklah anda ketahui di sini, bahawasanya yang diperlukan untuk mendaftarkan diri ke semua bahagian yang terlibat, anda memerlukan:
(1) Sijil S.Ked
(2) Transkrip S.Ked dan Profesi
(3) Ijazah Profesi (M.D.)
Oleh itu, sebaik saja yudisium, cepat-cepatlah anda menguruskan kesemua yang diperlukan itu kerana lebih cepat anda memperolehinya, lebih cepat jugalah anda bekerja. Alhamdulillah..saya bagi 5 bintang kepada universiti saya kerana dapat menyiapkan semua dokumen yang diperlukan dalam tempoh waktu yang agak singkat. Terima kasih juga kepada kawan-kawan dan junior-junior yang baik hati membantu senior mereka ini. =)
Ok, setelah yudisium, anda sudah boleh mendaftarkan diri anda ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pendaftaran dapat dilakukan secara online dengan mengisi borang SPA.8i di http://www.spa.gov.my/. Setelah mengisi lengkap borang ini dan submit, printkan akuan permohonan tersebut kerana ia akan digunakan pada waktu melakukan urusan selanjutnya.
Setelah melakukan permohonan secara online ke SPA, seminggu kemudian anda bolehlah membooking tarikh interview yang anda mahukan. Untuk book tarikh temuduga, telefon saja ke SPA. Nombornya boleh anda lihat sendiri di laman web SPA. Pada hari temuduga, bawa sekali:
Biasanya, paling lambat interview habis pun pada waktu tengah hari. So, kalau hendak menjimatkan masa dan wang, menurut saya tidak masalah sekiranya urusan lain diselesaikan setelah anda menghadiri interview. Anda boleh juga menguruskannya pada waktu yang lain baik sebelum mahupun selepas interview, mengikut kemahuan anda. Tapi, menurut saya, jika dokumen sudah lengkap sesuai yang diinginkan oleh masing-masing bahagian, urusan dapat dilakukan pada hari yang sama setelah interview. Tak lama pun..dengan syarat, dokumen lengkap.
Bagi pemegang scholar JPA, setelah interview, terus je ke bangunan JPA sebelah tu. Isikan borang lapor diri (boleh juga di download di laman web JPA). Submit borang berserta dokumen-dokumen yang diinginkan.
Bangunan SPA dan JPA ni berada di kompleks C. Setelah selesai urusan di sini, anda harus berpindah ke Blok E untuk urusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MMC (Malaysian Medical Council). Letaknya agak sedikit jauh tetapi...tidak mustahil untuk berjalan juga. *grin*
Setelah sampai di Blok E, bangunan pertama yang anda perlu tuju adalah MMC. Dari pintu masuk, terus ke kiri jalan...di situlah tempatnya. Ok, urusan MMC adalah yang paling perlu anda hati-hati kerana mereka sangatlah particular tentang permohonan kita ini. Sebelum melakukan urusan ini, bererti beberapa hari sebelum interview, anda telah menyiapkan dokumen-dokumen yang perlu difotokopi dan disahkan semuanya.
Pengesahan sesuai yang diberitahu di borang MMC itu. Pengesahan adalah lengkap dengan nama, jawatan dan alamat tempat bekerja. Paling senang, anda minta sajalah pengesahan dari pengetua atau penolong kanan sekolah anda. Pengesahan hendaklah oleh orang yang berwarganegara Malaysia. So, pengesahan oleh dekan atau pembantu dekan anda adalah tidak boleh (memandangkan anda study kat Indonesia kan? hehe).
Ada satu lagi benda yang saya dapati ramai orang tak perasan atau lupa, dalam borang permohonan sijil perakuan perdaftaran sementara MMC ni, ada part yang perlu disahkan oleh saksi kita di colum Perakuan Pengenalan Saksi. Lebih kurang macam cop pengesahan je sebenarnya. So, sebelum ke Putrajaya, jangan tertinggal pula. Akibatnya, nanti borang anda tidak diterima oleh pihak MMC. Hehe. Pengalaman nih. =P
Tidak lupa juga, wang pos berharga RM 20. Semua yang diperlukan dapatlah disemak sendiri oleh anda dengan mendownload borang Perakuan Pendaftaran Sementara di laman web MMC.
Urusan di MMC selesai apabila anda menerima tiga surat perakuan permohonan sijil pendaftaran sementara. Satu copy untuk anda simpan, satu lagi untuk KKM dan satu lagi untuk anda beri kepada pengarah hospital pada waktu anda lapor diri bekerja nanti.
So, sekarang anda bolehlah ke KKM yang terletak di Blok E tu jugak, yaitu di E7. Tak jauh. Lintas jalan dah sampai dah. Di situ, anda ke bahagian sumber manusia di tingkat 9. Ambillah borang maklumat diri (BMD) dan isilah borang itu, lengkapkan juga bersama dengan dokumen yang diinginkan dan jangan lupa surat yang anda terima dari KKM tadi. Di sinilah anda diminta untuk memilih 3 pilihan hospital yang anda mahu bekerja nanti. So, fikirkan baik-baik ya? =)
Bila dah lengkap semuanya, selesailah kerja anda. So, basically, yang perlu anda ada adalah gambar ukuran passport (4 keping cukup dah untuk semua), fotokopilah beberapa keping (saya buat 4 copy) MyKad, Sijil Lahir, Sijil SPM, Sijil S.Ked, Transkrip S.Ked dan Profesi, Sijil Kedoktoran (MD) dan salinan surat akuan permohonan SPA online. Semua yang difotokopi hendaklah disahkan. Jangan lupa juga wang pos RM 20.
Sekarang, anda bolehlah berehat-rehat di rumah, sehinggalah mendapat panggilan untuk induction dan seterusnya bekerja!! ^.^

(1) MyKad
(2) Sijil lahir
(3) Sijil SPM
(4) Ijazah/Transkrip/Surat keterangan
(5) Gambar passport

0 comments:
Post a Comment