Sunday, August 8, 2010

Lapar, tapi...

Malam ni bakal on call lagi. Ekcely on call kat Emergency Dept. ni kinda interesting jugak. Okeh memang penat..apatah lagi utk saya yang da lama sekali meninggalkan dunia peng'on call' an nih. Last kat klinik desa yang mana teramatlah rilex skali on call dia. Balik semula kat hospital terpaksa bergadang mata, menaburkan energy kat emergency room. Chewwah.

Berbalik kepada topik kita hari ini, ehem!! Kerana memikirkan malam ni bakal on call, stat dari malam tadi ekcely dah tersangat malaz skali mahu bergerak-gerak. Sebabnya? Nak sav energy lah kononnya. Uhuhuhu. Melebih plak saya ni. Tapi xlarat ar nak kua. So, saya banyak spend masa di rumah, depan laptop, atas katil. Hehe. Teruk kan?

Tapi skang waktu lunch. Perut da berbunyik-bunyik. Mahu makan!! Tapi xmau keluar rumah. Camne? So, tengokla stok makanan yang ada kt rumah. Roti? Habis. Kalo ada roti, sure saya makan tu jek. Simple n berkualiti. Confirm kenyang! Sapu margerine, peanut butter and tmbh blueberry topping untuk pancake tuh..oh sedap btol. Tapi roti xde so diam jek la.

Cari-cari tetiba terjumpa mi goreng sedap ini. Okey, sedikit info tentang mi sedaap ini, hehe. Sbnrnya saya amatlah jarang skali membeli mi ini. Sebabnya saya tak seberapa reti membuat mi goreng yang tak berkuah ni. Er..nak buang air dia satu hal, behtu kekadang gaul perencah dia tak merata. Hehe. So, mana datangnya mi nih? Saya amek abang nyer dulu suatu ketika da lama dah. Dia mmg byk stok mi sedaap nih. So saya amekla satu. Bukan mencuri yek? Coz masa saya amek tu dia nampak jek saya amek, siap suh amek lebih lagi. Tapi saya amek satu jek. Emm...nyesal gak tak amek lebih.

Kemudiannya saya pk, takkan mi goreng kosong camtu jek? Tak bestlah. Letak telur ah. Telur mata lembu separuh masak, oh pasti enak sekali! Bukak fridge, ok..telur xde! Keciwa.. Xpe xpe..cari solution lain. Ternyata ada sosej. Emm...menarik jugak. Sosej champ yang patutnya isi 15 skang da tinggal 5 jek...xpe..cukup ar tuh. Amek 2 ketul.

So, skang adalah proses pembuatan. Memula buat mi goreng. Ok, siap!! Skang nk goreng sosej. Eh, eh? Minyak takde...wooo...keciwa lagik. Tetiba dapat idea, ok, rebus jek. Uhuhuhu. So siaplah menu makan tengah hari kali ini. Mi goreng sedaap plus sosej ayam champ rebus. Sedap woo.. Kerana terlalu lapar, saya telah lupa mensnap gambar makanan yang telah siap masak. Ekekekeke. Ok, harus berehat skang kerana nnt mahu on call. *winks*

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream