Sunday, April 4, 2010

New Look !!

Iya !! Saya terpaksa menukar template baru atas alasan template lama tuh gambar dia da diremoved dari photobucket. Adoyai !! Kedekut jugak yek photobucket nih. Simpan lama sket gambar pun x leh. Padahal saya ske sangat template lama tuh. Ala2 my diary gitu ! Cam lagu Britney Spears pun ada. Ok, da stat melalot.

Ok, hari Ahad berbahagia ini, saya tidak mempunyai aktiviti yang sihat. Tidak study dan tidak keluar juga. Hanya duduk di bilik, menatap laptop (ow, saya tidak tidur juga), membuka FB (saya tidak main game juga) dan membaca blog orang. Er..namun begitu, menurut penelitian saya, saya menemui sesuatu yang sudah lama saya cari.

Oh tidak tahu apakah ia !! Yang pasti, saya telah begitu teruja melayari blog AinMaisarah ini. Seorang wanita (ok, maaf ya, saya tidak pasti adakah patut menulis wanita atau gadis ^.^) berumur 28 tahun, bekerja sebagai seorang penulis novel kanak-kanak, oh, kelihatan sangat berjaya pada pendapat saya. Itu adalah cita-cita saya pada masa dulu !!

Mengimbau zaman persekolahan dulu, saya banyak menulis novel. Ok, novel tersebut saya cuma edarkan untuk kawan-kawan di sekolah baca (masihkah kawan-kawan ingat?? hahaha). Pernah bercita-cita untuk mengirim novel ke syarikat penerbitan, tapi nampaknya, sampai sekarang, cita-cita tersebut tinggal sebagai angan-angan sahaja. Naskhah novel-novel lama saya juga hilang ditelan usia. Ngahahaha.

Setelah matrik, saya sudah berhenti dari menulis. Bukan apa, waktu di matrik kan takde komputer laptop laptop segala, so, susahlah nak menulis. Then, bila da sambung medic ke Indonesia ni plak, okay, walaupun susah nak mengaku, tapi mungkin agak sedikit sibuk sampai takde masa nak menulis. Dan, akhirnya, hobi tersebut (nak sebut bakat rasa cam angkat bakul sendiri plaks..hihi) mati begitu saja. Saya tidak lagi menulis, dan saya yakin, setelah hampir 6 tahun kat negara orang nih, kalau saya disuruh menulis lagi, insyaAllah karangan saya akan kelihatan cincai boncai. Bahasa Melayu entah ke mana, Bahasa Inggeris adoi susah nak kata, Bahasa Indonesia apatah lagi?? Hancur !!

Membaca blog AinMaisarah membuatkan saya terasa nak menulis lagi. Tapi, buat masa sekarang, angan-angan tetap angan-angan buat saya. InsyaAllah, jika ada rezeki, saya juga akan memiliki sebuah novel yang dijual di kedai buku. Ok, mungkin novelis bukan kerjaya saya nanti, tapi, mungkin akan menjadi hobi saya. *smiles*

p/s : Kalau korang perasan, entry kali nih saya menggunakan Bahasa Melayu yang lebih proper kerana saya sedang dalam usaha memperbaiki bahasa saya supaya tidak susah untuk saya menulis lagi nanti ^.^

Inilah dia AinMaisarah yang saya yakin sekarang sangat glemer di kalangan budak-budak sekolah. Pinjam gambar ye kak (saya panggil kak pasal saya lagi muda dari dia pe..ngahaha), tapi takpe kot amek gambar ni dari blog dia pasal ni kira promosi gak pe??

Ini adalah salah satu dari naskhah beliau. Ok, walaupun ini hanyalah novel kanak-kanak (kanak-kanak ke??) tapi tetap jealous ocayh? I wish i cud hav one..one book wit my name on it. As the writer of cos !!

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream