Tuesday, August 28, 2012

My lovely baby..yg xlahir2 lagi

Hehe..da overdue. Baby sgt suka duk dalam uterus mama dia. Ya sayang, mama tau dlm tu mmg very comfy..tp jomla tmn mama tdo kt lua syg. Mama dh prepare mcm2 tok syg. Papa pun nk jupe syg. Keluar ya syg? Nnt leh jln2 ngan papa. Kita perabih duit dia kay? Huhu.

Dah wat mcm2 tok bg baby ni turun and kua cpt, tp contraction ala2 cam xde je. Dia punya gerak bkn men active lg. Hari2 dok pekena kopi (kopi 434 muo yg best ituh). Tp contraction still mild and irregular. Cuma da start ada show skg, hopefully xlama lg.

Doakan saya dan baby selamat ya? Berdebar nak lalui proses nih tp jauh di sudut hati mmg xsabar nak jumpa baby sulung kami nih. Xoxo.

Nie ar baju raya baby yg dah xseberapa nak raya dah. Isk baby ni..

Sunday, June 3, 2012

Akhirnya..

Pamper myself..upgrade my very lovely 3gs to this beautiful 4s. Isk2..seriously i love it!

Yeay!!

Haha. Br je install apps blogger ni kt phone. Hopefully blh blog slalu after this. I knew it's been a while for me not blogging. It's been a long journey though. Alhamdulillah..i am at my 28weeks of pregnancy. Byk pengalaman baru yg sy bljr sejak pregnant ni. Bkn sng rupanya nk jd ibu nih. Thanx mak for being such a great mum to me!! Ok, ni kiranya warm up utk dpt feel blogging after this. Since dpt blogging thru phone, i think it's much easier kot? Then i can capture and write on any best moment i've been through. *smiles*

Pics ini ms jalan2 kt I-city br2 ni. Ok, ramai gler org mlm tu. Phew. N wrong timing jugak dtg coz bkn dpt wat apa pun, nk msk kt snow walk tu pun x boleh pasal ngah pregnant. Kang lantai licin2 tuh, jatuh kang sape nk mjawab. Huhu..

Monday, November 7, 2011

Oh! 2 weeks moreeee~

Pejam celik pejam celik, hari yang ditunggu tinggal 2 minggu saje lagi rupanya. Percaya atau tidak, hampir 88% dari persiapan majlis ini..tidak saya ambil tahu langsung. Huwaaa!!! Inilah gamaknya bila seorang houseman nak berumah tangga. Tak dapat nak memikir langsung. Hmm...x dapatlah saya merealisasikan impian my dreaming wedding kan? Hehe. Tapi tak pe...berkat bantuan mak ayah, abang Aizul, Kak Zura, saudara mara yang jauh di Singapura, Johor Bahru, Melaka, Seremban, KL dan seantero Malaysia, insyaAllah majlis tersebut akan jadi indah hendaknya.

Rata-rata pencarian barang-barang buat majlis banyak terhad kepada blog-blog dan juga laman muka buku sahaja. Faktor kesempitan masa la kan? Apa lagi. Since blog and facebook opens 24/7, so it is much easier for me to choose and to shop then. Alhamdulillah, ada beberapa wedding planner kat facebook and blog sangat membantu dan baik hati juga.

Lain-lain, untuk barang-barang hantaran, itu tak susahlah. I shop what i really need and want to have. Kebanyakannya yang memang nak pakai lah. So, again...alamanda? Mid Valley? OU? Lengkap dah barang hantaran. Rasa cam nak pakai skarang je ok?

Bab catering, canopy, pelamin, mak andam and bla bla bla...mostly i leave it to mom to settle it. Ampun mak...anakanda terlalu sibuk untuk memikirkannya. Mak pilihlah yang terbaik, anakanda ikot saja. Huhu.

I remembered that day I ambik cuti sehari nak settlekan borang nikah tuh. Ok, procedure kat Johor special sket..kitoang ada interview tau. Taktau la kat negeri lain, tapi, kat Wilayah Persekutuan nih xde. But I think, its quite interesting jugak to have this interview thingy. They asked something basics actually. So, kena la revise balik semua2 yang pernah kita belajar kat sekolah agama dulu. Negeri mana lagi yang special ada sekolah agama formal kalo bukan negeri Johor kan??

Hmm...since the big day is around the corner, may be I should start to list down all the done and not done things so I will never miss one. Ok, bye then!! ^.^

Friday, July 8, 2011

Quick runaway

Lepas keje semalam cam x sure nak buat pe. Baru pas viva. Rasa nak merantau wat keje tak berfaedah sketz. Dapat idea pegi PICC ni pun pasal kt radio dalam kete tu sebok promote suh datang pameran pengantin ni. Tapi...memang rasa patut pegi pun. At least carik idea sket la kan.

Pada sesape yang tengah wat preparation tuh..silalah datang menjenguk. Haha.

Semalam masa kitorang datang tu kiranya blom semua stall ada. Patutnya ada byk lagi tp mgkn pasal br first day, hari Jumaat petang lak tuh, so, ada banyak stall yang di mana ada telah menjadi target saya blom ada lagi. So ingat nak pegi lagi petang nih?? Huhu.

Tengok deco utk wedding reception ni buat saya terasa nak buat wedding kat dewan/hotel jek. Haha.

Ok...ni plak utk urusan menempah/menyewa baju pengantin. Ada banyak pilihan lagi.

This one nice sangat. Simple. Putih i lyke!! ^.^

Tengok lah. Hasil meronda kat PICC ni. Semua brochure pun kitoang angkut. Ekcely, lebih kepada nak amek package kad jemputan kawen. Tapi...dah terjadik rambang mata lak smlm. Taktau nak amek yg mana.

Photographer plak...hmm...tengah memikirkan nak amek yang mana. Nak import ke atau yang dekat2 ngan umah je? Ntahla...pening sket yang nih.

Night view kat Putrajaya..huhu.

Wednesday, July 6, 2011

Saya dah bertunang!!

Dah macam poster dah photographer ni buat..haha

Agak lambat update pasal pertunangan ni. Even though da sebulan lebih kut da bertunang. Ok, siket x pecaye la dah bertunang. Tapi, sbnrnya, nothing much different from what we are previously, only that i've changed my old 'couple' ring into the new one called engagement ring. (oh..don't let anyone know that i am now actually wearing my merisik ring coz my cincin tunang longgar!! huhu..).

My engagement day happened very very super fast. They only decide for bertunang within 2 weeks which cost me to very unpreparable. Hello...i don't even have time to pamper myself. Ok..thanks God that my parents able to do all things. Except that myself had to find my own dress myself. Within 2 weeks, ada ke tailor nak jahit baju dalam 2 minggu je?? Ok...at least i tried.

Alhamdulillah...walaupun agak last minute, kami berjaya jugak menjayakan majlis pertunangan ni dengan baik. Semuanya berjalan sempurna seperti yang diharapkan. InsyaAllah...majlis perkahwinan pun x kan terlalu lama. Walaupun kami belum memprepare sedikit habuk pun utk majlis perkahwinan tu nanti, tapi kami pasti, dengan berkat doa semua orang, majlis tu akan berjalan lancar dan...x lama lagi. hahahahaha. ^.^

Pose jangan x pose..kikikiki

Doakan majlis perkahwinan kitoang x lama lagi..insyaAllah

Friday, July 1, 2011

Update jugak akhirnyaa~

Lama btol x update blog. Sibuk kot? Bkn sibuk..cuma..kalo ada masa lapang tu, daripada update blog, baek jenjalan ke, wat keje umah ke, membaca ke? Hmm...skang da pindah umah baru. Akhirnya setelah berapa lama duk hostel, pindah jugak ke quarters sendiri. Dapat apartment. Duk serumah ngan sorang dak India yang sebenarnya baru kenal time awal2 datang keje kat Putrajaya nih. Turns out dia orang Muar jugak. Haha. Kebetulan.

So, skang baru la terasa cam duk umah sendiri kan. Feels much much better. Terasa lebih homey. And most important thing is...im starting to drive myself now. Haha. Ok...tu pun sebab terpaksa. After pindah tu, usually my bf (oopsie...fiance lah skang..huu) akan pick me up or hantar balik kan. But then satu hari tu dia on call lah pulok. Nak taknak i terpaksa jugak gagahkan diri memandu seorang diri. Ok...its not that bad. Sampai jugak rumah. And not bad jugak i parking ok...haha.

Blom isik apa2 lagi kat ruang tamu ni.. TV? Perlukah? Hmm..

Ok..ni nak masak pun da boleh dah. Yang kurang cuma fridge je. Nanti ah cari.

First thing in my mind bila pindah rumah..mesin basuh! Kalau x cemana nak cuci baju??

My roomie. Very comfy, very nice. I loike!! ^.^

View dari bilik saya di tingkat 7 ini.

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream